Description
Ramai di antara kita yang berwawasan untuk menjadi seorang usahawan – samada usahawan kecil dan sederhana untuk memperoleh pendapatan sampingan bagi menampung kehidupan harian, atau usahawan korporat yang menjana pendapatan perniagaan sehingga berjuta Ringgit atau lebih. Kerajaan Malaysia juga menyokong usahawan-usahawan tempatan dengan menawarkan kemudahan-kemudahan kewangan berbentuk geran dan pinjaman – ini adalah kerana perniagaan-perniagaan yang diusahakan oleh para usahawan negara boleh menjana ekonomi negara dari pungutan cukai, perkongsian untung dan juga menarik minat pelabur asing untuk melabur dalam negara kita Malaysia.
Walau bagaimanapun, ramai yang tidak tahu kewujudan kemudahan-kemudahan kewangan yang rasmi dan sihat yang dianjurkan oleh kerajaan Malaysia dan badan-badan berkanun.
Ramai juga yang tahu wujudnya dana-dana geran dan pinjaman ini, tetapi tidak tahu bagaimana untuk melayakkan diri untuk memperolehinya.
Ada juga yang tidak tahu yang dirinya (atau syarikatnya) layak memohon dana-dana yang disediakan – mereka ini beranggapan bahawa idea produk atau perkhidmatan yang mereka miliki tidak layak untuk pembiayaan geran atau pinjaman, jadi mereka ini tak apply pun.
Kursus Asas Menulis Rancangan Perniaagaan ini disediakan bagi membantu anda memperolehi suatu kelebihan untuk diri anda, dan juga keluarga anda. Sejak ia dilancarkan pada April 2009 dalam bentuk e-book, ianya telah membantu lebih dari sepuluh individu dan syarikat-syarikat untuk:
![]() |
memohon dan memperoleh geran-geran dari program-program pembiayaan yang dianjurkan oleh kerajaan dan badan-badan berkanun | |
![]() |
memohon dan memperoleh kemudahan kewangan berbentuk pinjaman perniagaan dari badan-badan berkanun dan juga bank-bank tempatan; | |
![]() |
memperoleh kutipan jualan yang jauh lebih besar setelah usaha niaga mereka dirancang dengan lebih sisematik dan berstruktur; | |
![]() |
membantu anda merancang kewangan keluarga anda untuk mempertingkatkan kestabilan kewangan rumahtangga anda. |
Reviews
There are no reviews yet.